Khamis, 19 Julai 2018

Malam Hari Raya Aidil Fitri Bahagian Pentadbiran Am

Aku telah ditukarkan ke Bahagian Pentadbiran Am pada 15 September 2018.    Rasanyanya baru sahaja aku ditempatkan ke Bahagian Pengurusan Sumber Manusia pada awal Januari 2014, tetapi aku akur atas arahan tersebut.  Sememangnya aku seronok di Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, kerana di situ ramai teman-teman dan setiap hari ada sahaja isu dan topik jadi perbualan kami untuk dijadikan gurau senda.

Sebelum ini aku pernah juga ditempatkan di Bahagian Pentadbiran Am dari tahun 2001 hingga 2007.  Tetapi ketika itu, aku sebagai kerani biasa yang pernah menguruskan penghantaran surat ke luar melalui pos laju dan pos biasa, Unit bekalan dan urusan perolehan Alat Tulis DBP,  urusan fotokopi dan juga urusan kenderaan dan pemandu.  Kini aku ditukarkan ke sana sebagai pentadbir dan lebih dikenali sebagai cc atau kerani kanan.  

Di bawah jagaanku ada dua orang PTPO N19, seorang Pegawai Khidmat Pelanggan yang menjalankan tugas operator telefon, dan 5 Pembantu Operasi.   Kerja di Unit Pentadbiran adalah kerja-kerja operasi yang rutin tapi banyak.   Tugasku perlu memantau tugas-tugas bagi urusan bayaran utiliti bulanan, disamping itu memantau kerja-kerja penghantaran pos ke luar melalui mesin franking dan pos laju.  Selain itu, urusan perekodan surat luar/dalaman untuk disemak dan diluluskan oleh ketua bahagian.   

Antara yang tiada di bahagian lain, tugasku ialah menguruskan penyalinan dokumen sama ada dalam bentuk manuskrip, kertas kerja, dokumen lain yang perlu diperbanyakkan dalam kadar yang segera.  Mana tidaknya, sekiranya ada manuskrip daripada Bahagian Buku Sekolah, tugas penyalinan perlu diutamakan kerana kebanyakan manuskrip tersebut perlu dibawa ke dalam bengkel sebelum dihantar ke Kementerian Pelajaran Malaysia.

Sebenarnya, bukan itu yang aku ceritakan di sini.   Tetapi aku ingin menceritakan setiap kali aku ditukarkan ke bahagian lain, sudah pastinya aku akan dilantik sebagai AJK Badan Kebajikan.   Rasanya sudah letih untuk menguruskan program kekeluargaan atau sosial untuk mengeratkan silatuarrahim.  Di  Bahagian Pentadbiran Am ini pula, aku telah dilantik sebagai Timb Pengerusi Badan Kebajikan Bahagian Pentadbiran Am walaupun aku cuba beberapa kali untuk mengelaknya tetapi tidak berjaya.

Pada tahun ini, aku dan AJK Badan Kebajikan Bahagian Pentadbiran Am telah bermesyuarat untuk mengadakan Majlis Hari Raya Aidil Fitri..  Hasil daripada perbincangan tersebut, AJK bersetuju majlis itu akan diadakan pada 14 Julai 2018 bertempat di Sanggar Tun Sri Lanang, Aras 31 pada waktu malam.  AJK juga bersetuju supaya keluarga ahli juga dijemput supaya dapat berkenal mesra.  Selain daripada menu, perlbagai isu juga dibincangkan terutama untuk mendapatkan sumbangan ahli selain ditaja daripada hasil tabung Badan Kebajikan.

Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga majlis itu diadakan.  Sempat juga aku merakam kemeriahan majlis tersebut.   Pada malam itu, suami dan anakku Muhammad Irfan dapat hadir, tetapi malangnya anakku Muhammad Idzham yang tinggal di asrama tidak dapat hadir kerana pada minggu itu, ia tidak pulang ke rumah.







Makaroni Goreng (Masakan penulis)
Rendang Ayam Ala Negeri Sembilan

Ketupat  Palas - sumbangan Justina Rantian

Laksa Penang
Brownies - dimasak oleh Rafidah Rasip



Kuah Kacang untuk sate

Puding

Puding Jagung


Banyak menu yang tidak sempat dirakamkan, seperti Nasi Lemak Ikan Bilis, Lemang, Mee dan Mee Hoon Soto, rendang daging dan pulut kuning dan macam-macam lagi.    Kebanyakan semua menu disumbangkan oleh rakan-rakan yang bermurah hati.   Semuga Allah membalas jasa baik kalian. semua.  Disamping itu, sempat juga merakam semua hadirin yang dapat hadir pada malam itu.  Anakku memaklumkan ada pelakon muda Aidit Noh hadir pada malam itu.  Aku tidak begitu tahu sangat nama-nama pelakon muda ini.   Bila aku lihat wajahnya memang ada iras kawanku kerana bapanya bekerja di bahagian Pentadbiran Am.










Acara beri duit raya kepada kanak-kanak







Selasa, 22 Oktober 2013

Surah Rukyah Untuk Menghindari Sebarang Gangguan Makhluk Halus

Tiba-tiba Irfan demam pula  pagi ini. Cuak rasa hatiku bila mengingatkan yang baki cutiku kini hanya tinggal 7 hari sahaja.  Niat dihati untuk menyimpan cuti rehat tahun ini sebanyak 10 hari hanya tinggal angan-angan sahaja.  Cuti rehat yang aku harapkan untuk dimasukkan ke dalam Award Wang Tunai (AWT)  tidak kesampaian tahun ini kerana Irfan kerap semput-semput.  Jumlah cuti rehat yang  terkumpul sehingga kini baru 59 hari.  Kawan-kawan yang lain sudahpun melebihi 100 hari dan ada yang telahpun cukup 150 hari.  Bila tiba hari terakhir bertugas dalam perkhidmatan  (pencen) nanti dapatlah ganjarannya iaitu wang tunai (perkiraannya 5 bulan dikali dengan gaji semasa).  Dengan duit itu nanti dapatlah digunakan sementara menunggu duit pencen setiap bulan.  Duit pencen pula bukannya dapat penuh seperti mana sekarang, tetapi cuma 3/4 daripada gaji pokok, tidak termasuk elaun, itupun jika perkhidmatan melebihi 30 tahun, jika tidak hanya 1/2  daripada gaji pokok sahaja.

Malam itu aku tidak dapat tidur lena kerana kepanasan.  Seluruh badanku berpeluh-peluh.  Aku menekan butang nombor 3 bagi menambahkan kelajuan kipasku. Aku membaca zikir di dalam hati, dengan harapan  agar aku dapat tidur lena secepat mungkin kerana esok aku terpaksa bangun awal untuk menyediakan sarapan anak-anakku sebelum mereka ke sekolah dan aku juga kena memastikan dapat tiba ke pejabat sebelum pukul 8.30 pagi. Mungkin simtom-simtom pramonopouse agaknya yamg menyebabkan sekejap rasa panas sekejap normal.  Kata orang kalau kita dalam peringkat pramonopause memang selalu rasa panas dan sememangnya aku juga kadang kala merasai kepanasan tersebut walaupun suhu hawa dingin di pejabatku amat sejuk sekali. 

Tepat jam 6.15 pagi, aku membangunkan anak-anakku agar bangun pagi untuk ke sekolah.  Irfan memberitahuku badannya panas dan kepalanya pening.  Selepas aku menghantar anakku Idzham ke sekolah, kemudian aku meletakkan baju  dan beg sekolah agama Idzham di sekolah agamanya.  Terus aku dan Irfan menuju ke Cheras Perdana untuk pergi ke Klinik Kita.  Setelah doktor merawatnya, Irfan diberi cuti selama satu hari.  Aku terpaksa mengambil cuti kecemasan kerana suhu badannya pun amat panas.  Lagipun aku lihat Irfan tidak cergas seperti biasa.  

Aku memaklumkan kepada rakannya yang aku mengambil cuti rehat hari itu.  Aku juga memaklumkan kepada adik beradikku dalam wassup kami yang aku create kumpulan adik beradik.  Macam-macam petua yang diberikan kepadaku, termasuklah Surah Rukyah ini.  Dapat juga aku tahu tentang surah ini dalam internet. Surah ini amat baik sekali kepada yang diganggu makhluk halus.  Aku juga akan menggunakan surah ini di rumah kerana anak-anakku sering takut untuk ke bilik air mahupun untuk masuk ke dalam bilik mereka atau ke dapur jika bersaorangan.   Tiba-tiba aku teringatkan rakan sepejabatku yang sering diganggu makhluk halus sehinggakan ia rasa ingin berpindah dari rumah yang dibelinya.

Jika anda ingin hendak mendengar surah tersebut bolehlah mencarinya di dalam youtube

Surah Rauqyah

Ada juga yang memberitahuku, jika seseorang itu sememangnya diganggu makhluk halus, mereka akan mengalami simpton-simpton berikut tatkala mendengar surah ini.

- Pening kepala
- mabuk
- muntah-muntah
- menggeletar
- pengsan
- seram-sejuk
-berdebar-debar
 
 
Surah surah Ruqyah mengandungi ayat ayat Al –Quran seperti berikut:

Urutan Ayat-Ayat Ruqyah || No; Nama Surah; Juzuk; Ayat

1 Al-Fatihah 1 Seluruhnya
2 Al-Baqarah 1 1-5
3 Al-Baqarah 1 102
4 Al-Baqarah 2 163-164
5 Al-Baqarah (Ayatul Kursi) 3 255
6 Al-Baqarah 3 285-286
7 Ali-Imran 3 18-19
8 Al-’Araf 8 54-56
9 Al-’Araf 9 117-122
10 Yunus 11 81-82
11 Toha 16 69
12 Al-Mukminun 18 115-118
13 As-Soffaat 23 1-10
14 Al-Ahqaaf 26 29-32
15 Ar-Rahman 27 33-36
16 Al-Hasyr 28 21-24
17 Al-Jin 29 1-9
18 Al-Ikhlas 30 Seluruhnya
19 Al-Falaq 30 Seluruhnya
20 An-Naas 30 Seluruhnya

Bagi anda yang ingin mengamalkan surah ini, baca dulu peraturannya sebelum membuatnya..

Peraturannya di sini.  Selamat mencuba.

 

Sabtu, 5 Oktober 2013

ANAK SEDANG MENDUDUKI PEPERIKSAAN DI SEKOLAH

Setiap ibu bapa inginkan anak-anaknya mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang.  Ada yang memberi kelas tambahan atau tusyen untuk anak-anak terutama anak-anak tahun 6 yang akan mengambil peperiksaan UPSR, Tingkatan 3 untuk PMR dan Tingkatan 5 pula Sijil Peperiksaan Malaysia. Tingkatan 6 Sijil Tinggi Persekolahan.  Selepas berjaya di  peringkat ini, anak-anak sekali lagi menduduki peperiksaan bagi mendapatkan sekeping sijil sama ada diploma, ijazah ataupun PhD. Walau apa juga status anak anda, ibu bapa juga sebaik-baiknya membantu anak dari rumah ataupun di mana juga.  Seelok-eloknya ibu dan bapa hendaklah berpuasa pada hari tersebut, kerana orang yang berpuasa itu lebih dekat dengan Allah s.w.t. dan doanya insyaallah akan dimakbulkan Allah s.w.t.

Di sini saya sertakan amalan yang boleh dilakukan oleh ibu bapa semasa anak anda berada di dalam dewan kerana sedang memerah otak untuk menjawab soalan dengan  betul dan tepat.  Dengan doa daripada ibu bapa, dilorongkan Allah s.w.t.kepada anak anda agar dapat menjawabnya dengan mudah.  Sambil anda mengamalkan doa ini, anda hendaklah betul-betul memohon dan berdoa kepada Allah s.w.t. agar Allah mempermudahkan anak anda menjawabnya dengan betul dan tepat. Insyaallah.....Kita cuma berusaha, daripada duduk diam baik kita buat amalan ini disamping kita mendapat ganjaran pahala dari Allah....waulahhualam..




Rabu, 17 Oktober 2012

Thank You

graphics18.com | Thank You | Forward this Picture

Jumaat, 12 Oktober 2012

TAMBAH PENDAPATAN MELALUI FANBOX


Fanbox merupakan suatu laman sosial yang telah dikenalpasti kesahihannya untuk mendapatkan pendapatan melalui internet. Sama dengan Facebook, fanbox boleh menghasilkan pendapatan berbanding facebook hanya untuk bersosial. Saya telah bertanya kepada rakan saya dari fanbox iaitu $Noor$ dan mat weber. $Noor$ merupakan nombor satu dalam senarai dari Malaysia dan mat weber pula masih mengekalkan senarai nombor dua. Kedua-dua mereka ini telah pun mendapat hasilnya dari usaha mereka beberapa kali melalui cek mahupun melalui pay pal. Saya percaya dan amat yakin Fanbox merupakan satu laman sosial yang boleh dipercayai seratus peratus (100%) jika anda benar-benar mahu untuk mencari pendapatan melalui internet. Read more http://posts.fanbox.com/2vhv4

Isnin, 13 Ogos 2012

prelaunchX Invitation

prelaunchX Invitation: You're invited to join prelaunchX

Khamis, 9 Ogos 2012


Anda ingin mengetahui pasangan anda berlaku curang. Jika pasangan anda sering melakukan seperti berikut: i) Menyentuh hidung Apabila seseorang itu berbohong, tisu-tisu erektil pada hidungnya akan dipenuhi darah menyebabkan ianya membesar. Fenomena ini juga dikenali sebagai kesan pinocchio. Jadi, apabila si dia bercakap dengan anda dan kerap menyentuh hidung yang tidak gatal, sebenarnya ada sesuatu yang diselindungkannya. ii)Menutup mulut Ada sesetengah orang meletakkan tangan di atas mulut mereka apabila berbohong. Ini merupakan satu tindak balas automatik yang lahir dari segi psikologi kerana dari kecil lagi sudah dididik untuk tidak berbohong. Apabila mulut mengeluarkan kata-kata dusta, tangan cuba menghalangnya. iii) Gagap Apabila seseorang yang bercakap lancar dan licin tiba-tiba gagap merupakan tanda – tanda sedang mengalami tekanan emosi. Sekiranya tiada apa-apa petunjuk bahawa tekanan ini disebabkan perkara lain seperti sedih, pilu, marah dan sebagainya, kemungkinan besar orang tersebut berbohong. Jadi, jika anda bertanya pada teman lelaki / wanita anda dan si dia gagap untuk menjawabnya, maka anda tahu membuat kesimpulan atas tindakannya itu. iv) Pergerakan mata Orang yang berbohong akan cuba meyakinkan pendengarnya dengan memandang tepat pada mata mangsa. Oleh itu, sekiranya kelipan mata berkurangan dari kadar biasa, ini mungkin tanda berbohong. Sebaliknya, ada juga keadaan dimana sekiranya mata seseorang itu tiba-tiba berkedip dengan banyaknya, ini merupakan tanda-tanda tekanan perasaan yang berkemungkinan disebabkan berbohong juga. Kerlipan mata yang normal sahaja menunjukkan dirinya tidak berbohong. v)Melengah-lengahkan jawapan Orang yang berbohong perlu berfikir sebentar untuk mereka cipta pembohongannya. Berfikir terlalu lama, berdehem, batuk dan sebagainya merupakan tanda-tanda bahawa orang tersebut mungkin berdusta. vi) Resah Orang yang berdusta kerap gelisah dan mengubah-ubah posturnya. Apabila seseorang yang dalam keadaan tenang tiba-tiba sahaja menjadi resah dan tidak senang duduk apabila berhadapan dengan sesuatu soalan, ini berkemungkinan merupakan bahawa seseorang itu sedang berbohong. Rasanya adakah anda akan berbuat demikian jika anda berbohong?? Sumber: Pena Patah Read more http://posts.fanbox.com/v7ms4