Pages

my affiliate

Get cash from your website. Sign up as affiliate

Jumaat, 9 September 2011

AMBOI PAK ITAM SAYANG!

Aku amat meminati rancangan Adila yang bermaksud Aku, Dia dan Lagu di stesyen Radio Klasik Nasional FM setiap jam 5.00 petang - 7 malam hari Isnin hingga Khamis.  Cerita dari peminat tentang liku-liku kehidupan mereka dibaca oleh artis dan juga petugas di stesen itu.  Aku juga berhasrat untuk menghantar salah satu coretan hidupku. Setelah sekian lama akhirnya dapat juga aku menyiapkan coretan tersebut dan telah disiarkan pada tarikh 6 September 2011. Coretannya adalah seperti berikut:-
 AMBOI PAK ITAM SAYANG
Ketika aku pulang dari pejabat bersama anak keduaku Muhammad Irfan yang sekarang telah berusia 8 tahun (kebetulan hari itu cuti sekolah penggal akhir)  Irfan asyik merengek kepadaku untuk membawanya ke pejabatku.  abangnya Muhammad Idzham pula di rumah maduku kerana suamiku mengambil cuti untuk membuat kolam ikan di rumahnya).  Sedang aku asyik berbual dengan Irfan,  berkumandang lagu Amboi Pak Itam Sayang di stesen Radio Klasik. Sambil memandu aku menyanyi lagu tersebut kerana aku memang amat meminati lagu-lagu klasik lebih-lebih lagu lagu Saloma. Fikiranku melayang ke zaman 60-an, membayangkan  budak-budak muda di zaman itu yang memakai baju petak-petak dan lengannya pula dilipat hingga ke paras lengan. Rambut mereka pula berminyak dan berketak-ketak dan disisir rapi ke belakang. Aku bayangkan budak-budak muda di zaman itu dalam filem P. Ramlee seperti  pelakon S . Samsudin, Aziz Satar, S. Romai Noor, Nordin Ahmad dll. Setiap kali aku pulang dari pejabat, aku sering membuka siaran klasik nasional untuk mengikuti rancangan Adila yang bermaksud Aku, dia dan Lagu.   Pernah disuatu ketika aku menangis seorang diri ketika memandu pulang ke rumah tatkala mendengar suatu kisah di rancangan tersebut. Cerita tersebut begitu menyentuh perasaanku. Ada juga tergerak di hatiku untuk menghantar coretan kenanganku  ke rancangan tersebut, tetapi sampai sahaja di pejabat aku lupa kerana sibuk dalam menjalankan tugas-tugasku di pejabat.
Read More

Ahad, 28 Ogos 2011

Hari Raya Aidil Fitri

Sempena Hari Raya Aidil Fitri yang akan menjelma ini, sayu hariku bila terkenangkan ayahku yang telah meninggal dunia hampir 20 tahun yang lalu. Setiap pagi hari raya aku akan terkenangkan ayahku yang amat suka rendang daging. Sehari sebelum hari raya ayahku yang selalu sibuk membeli daging dan menyuruh kami membuat rendang daging dan kami juga akan merebus ketupat untuk dimakan di pagi hari raya sebelum bersembahyang hari raya di masjid....Al-fatihah buatmu Ayah dan aku doakan ayah digolongkan dalam orang-orang yang beriman. Amin.....
Read More

Rabu, 6 Julai 2011

PENDEKAR BUJANG LAPOK EDISI BARU

 

I am very proud because even the foreigners can appreciate Tan Sri P. Ramlee my favourite actor.  I hope you'll  happy and  enjoy the above funny movie they acting in the film Pendekar Bujang Lapok.

Read More

Jumaat, 10 Jun 2011

BUAT SATU LAGI SLIDESHOW GUNA SUPERFLIX

Aku memang suka membuat pelbagai slideshow menggunakan bermacam-macam software seperti onetruemedia.com, picasa dll. Baru-baru ini aku diberi peluang untuk membuat slideshow gunakan superflix di Youtube. Inilah hasil yang aku buat secara ringkas..

 

Read More

Rabu, 27 April 2011

BESAME MUCHO

Apabila aku mendengar lagu ini, aku akan menghayati lagu ini walaupun aku tidak faham bahasanya. Tetapi keindahan lagu itu amat menyentuh hatiku, lebih-lebih lagi apabila aku mengetahui bahawa penyanyi itu buta. Suaranya begitu gemersik sekali...Jika anda ingin mencari ketenangan fikiran, lagu ini bagus untuk didengar..

 

 

Read More

Isnin, 25 April 2011

ANAKKU YANG PERTAMA!



 

Anakku Muhammad Idzham adalah anakku yang pertama telah dilahirkan pada 31 Januari 2001 di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) Kuala Lumpur melalui pembedahan.  Aku dimasukkan ke hospital pada 29 Januari 2011 jam 10.00 malam kerana telah ada tanda-tanda untuk melahirkan anakku.   Sampai sahaja aku di sana, aku terus dibaringkan di atas katil, sementara menunggu doktor datang.  

Tiba-tiba berderau darahku melihat darah yang begitu banyak di atas lantai  sebelah katilku.  Aku tidak dapat melihat siapakah insan di sebelahku kerana katilku dipisahkan dengan sehelai tirai.  Apabila aku melihat darah yang begitu banyak, terus hilang sakit yang sedang aku tanggung. 

Aku tidak pasti bila waktunya, seorang doktor lelaki berbangsa benggali datang memeriksaku.  Beliau memaklumkan aku dimasukkan ke wad demi keselamatan walaupun beliau mengatakan pintu rahimku baru 2 cm dan lama lagi untuk bersalin. 

Keesokan harinya, aku berasa sungguh sihat dan aku boleh makan seperti biasa.  Jururawat telah memberikanku ubat pil untuk mempercepatkan kelahiran.  Jam 6.00 petang,  kesakitan sudah terasa di pinggang dan juga di ari-ariku.  Semakin lama aku merasa semakin kuat kesakitan itu.  Aku memaklumkan

Read More

Sabtu, 23 April 2011

ZIKRULLAH DARI ANAK-ANAKU..



Aku suka zikrullah ini apabila aku menonton drama tv yang berjudul Taubat Nasuha.  Drama itu betul-betul menyentuh perasaanku.  Sikap seorang bapa yang panas baran dan sakit jiwa selalu memarahi anak-anaknya yang selalu bising berakhir dengan kehilangan semua anak-anaknya termasuk isterinya yang sedang sarat mengandung.  Dalam drama itu, anak-anaknya yang pulang ke kampung, datuknya

Read More

MAJLIS PERTUNANGAN MOHD FADZLY DENGAN NURUL AIN DAHALAN

Majlis pertunangan anak buahku yang pertama telah selesai diadakan di Seri Menanti, Negeri Sembilan pada 16 April 2011.  Aku beranggapan seperti biasa majlis akan diadakan pada sebelah petang.  Pagi itu aku mendapat panggilan dari Kakakku Zuraidah Anum yang kami panggil sebagai Kak Ngah menyuruhku bersiap dengan segera kerana mereka akan bertolak jam 10.00 pagi.  Kelam kabut aku dibuatnya, kerana hari itu hari Sabtu, aku tidak sempat itu membuat sarapan untuk anak-anakku.

Cepat-cepat aku menggerakkan anak-anakku bangun dan menyuruh mereka mandi.   Seperti lipas kudung aku melakukan apa yang sepatutnya sebelum pergi.  Suamiku tidak dapat pergi bersama kerana ia ada urusan di Johor Baharu.  Setelah siap aku bersarapan dengan suami dan anak-anakku di warung.  Sedang aku bersarapan, sekali lagi kakakku telefon mengatakan mereka akan berangkat.  Sekali lagi aku dan anak-anakku kelam kabut untuk menghabiskan makanan yang masih banyak.  Selepas aku dan anak-anakku  bersalaman dengan suamiku kerana tidak mengikuti kami, aku pun berjalan dan kelihatan adikku yang sedang memandu kereta Toyota, extima sedang menungguku.  Kami semua masuk ke dalam keretanya dan terus jalan melalui Highway Lekas kerana semua ahli rombongan akan berkumpul di hentian Bukit Putus, Negeri Sembilan. 

Aku lihat adikku Samuri nama sebenar Ahmadku Shairi telah siap menunggu dengan memakai baju batik dan bersongkok hitam.  Hmm...sekali pandang macam datuk dari wakil rakyat pulak...semua senyum melihatnya kerana ia akan menjadi ketua kumpulan dan akan menjadi wakil dari pihak lelaki.

Sementara menunggu yang lain, sempat juga abang iparku Othman Omar, mengeluarkan buah durian yang dibawa dari Pahang.  Aku tidak dapat untuk memakannya kerana nanti bila dekat dengan orang mulut akan berbau durian pula...Setelah semuanya sudah ada kami terus bertolak ke rumah perempuan di Seri Menanti. 

Setelah majlis selesai, kami dijamu dengan hidangan yang lazat...Tetapi aku tidak boleh memakan dengan selesa kerana tempat duduk ketika itu penuh, lantas aku dan anak-anakku makan di ruangan hadapan rumah mereka  Semoga anak buahku dapat terus berjaya hingga ke tarikh persandingan yang akan diadakan pada 11/11/2011 di tempat pengantin perempuan dan pihak kami pada 19/11/2011 di  Putrajaya.

Bakal Pengantin Baru

 

 

 

Read More