Memaparkan catatan dengan label anak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label anak. Papar semua catatan

Sabtu, 5 Oktober 2013

ANAK SEDANG MENDUDUKI PEPERIKSAAN DI SEKOLAH

Setiap ibu bapa inginkan anak-anaknya mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang.  Ada yang memberi kelas tambahan atau tusyen untuk anak-anak terutama anak-anak tahun 6 yang akan mengambil peperiksaan UPSR, Tingkatan 3 untuk PMR dan Tingkatan 5 pula Sijil Peperiksaan Malaysia. Tingkatan 6 Sijil Tinggi Persekolahan.  Selepas berjaya di  peringkat ini, anak-anak sekali lagi menduduki peperiksaan bagi mendapatkan sekeping sijil sama ada diploma, ijazah ataupun PhD. Walau apa juga status anak anda, ibu bapa juga sebaik-baiknya membantu anak dari rumah ataupun di mana juga.  Seelok-eloknya ibu dan bapa hendaklah berpuasa pada hari tersebut, kerana orang yang berpuasa itu lebih dekat dengan Allah s.w.t. dan doanya insyaallah akan dimakbulkan Allah s.w.t.

Di sini saya sertakan amalan yang boleh dilakukan oleh ibu bapa semasa anak anda berada di dalam dewan kerana sedang memerah otak untuk menjawab soalan dengan  betul dan tepat.  Dengan doa daripada ibu bapa, dilorongkan Allah s.w.t.kepada anak anda agar dapat menjawabnya dengan mudah.  Sambil anda mengamalkan doa ini, anda hendaklah betul-betul memohon dan berdoa kepada Allah s.w.t. agar Allah mempermudahkan anak anda menjawabnya dengan betul dan tepat. Insyaallah.....Kita cuma berusaha, daripada duduk diam baik kita buat amalan ini disamping kita mendapat ganjaran pahala dari Allah....waulahhualam..




Jumaat, 9 September 2011

AMBOI PAK ITAM SAYANG!

Aku amat meminati rancangan Adila yang bermaksud Aku, Dia dan Lagu di stesyen Radio Klasik Nasional FM setiap jam 5.00 petang - 7 malam hari Isnin hingga Khamis.  Cerita dari peminat tentang liku-liku kehidupan mereka dibaca oleh artis dan juga petugas di stesen itu.  Aku juga berhasrat untuk menghantar salah satu coretan hidupku. Setelah sekian lama akhirnya dapat juga aku menyiapkan coretan tersebut dan telah disiarkan pada tarikh 6 September 2011. Coretannya adalah seperti berikut:-
 AMBOI PAK ITAM SAYANG
Ketika aku pulang dari pejabat bersama anak keduaku Muhammad Irfan yang sekarang telah berusia 8 tahun (kebetulan hari itu cuti sekolah penggal akhir)  Irfan asyik merengek kepadaku untuk membawanya ke pejabatku.  abangnya Muhammad Idzham pula di rumah maduku kerana suamiku mengambil cuti untuk membuat kolam ikan di rumahnya).  Sedang aku asyik berbual dengan Irfan,  berkumandang lagu Amboi Pak Itam Sayang di stesen Radio Klasik. Sambil memandu aku menyanyi lagu tersebut kerana aku memang amat meminati lagu-lagu klasik lebih-lebih lagu lagu Saloma. Fikiranku melayang ke zaman 60-an, membayangkan  budak-budak muda di zaman itu yang memakai baju petak-petak dan lengannya pula dilipat hingga ke paras lengan. Rambut mereka pula berminyak dan berketak-ketak dan disisir rapi ke belakang. Aku bayangkan budak-budak muda di zaman itu dalam filem P. Ramlee seperti  pelakon S . Samsudin, Aziz Satar, S. Romai Noor, Nordin Ahmad dll. Setiap kali aku pulang dari pejabat, aku sering membuka siaran klasik nasional untuk mengikuti rancangan Adila yang bermaksud Aku, dia dan Lagu.   Pernah disuatu ketika aku menangis seorang diri ketika memandu pulang ke rumah tatkala mendengar suatu kisah di rancangan tersebut. Cerita tersebut begitu menyentuh perasaanku. Ada juga tergerak di hatiku untuk menghantar coretan kenanganku  ke rancangan tersebut, tetapi sampai sahaja di pejabat aku lupa kerana sibuk dalam menjalankan tugas-tugasku di pejabat.
Read More