Senyuman Idzham |

Seperti biasa jam 6.30 petang aku sudah berada di depan sekolah agama anakku, di Taman Impian, Balakong, Selangor untuk mengambil anak-anakku pulang ke rumah. Apabila semuanya sudah masuk ke dalam kereta, aku pun terus membawa keretaku ke kedai runcit untuk membeli ikan dsbnya untuk aku buat makan malam nanti.

Semasa dalam perjalanan ke kedai runcit, tiba-tiba Idzham pun berkata kepadaku yang ia tidak suka lagi kepada kawan perempuannya yang bernama Y yang ia minati selama ini. Dalam hatiku terdetik, agaknya budak perempuan itu telah menyakitkan hatinya. Tetapi lain pula yang ceritanya.

Idzham: Ibu, tadi saya terima surat dari seorang budak perempuan bernama Z. Budak itu menyatakan ia suka kepada saya.

Dalam hatiku berkata, ada juga peminat anakku ini. Baru darjah lima sudah pandai nak bercintan-cintum pulak.

Ibu: Habis, mana dia surat tu? Ibu nak tengok

Read More