I am very proud because even the foreigners can appreciate Tan Sri P. Ramlee my favourite actor. I hope you'll happy and enjoy the above funny movie they acting in the film Pendekar Bujang Lapok.
I am very proud because even the foreigners can appreciate Tan Sri P. Ramlee my favourite actor. I hope you'll happy and enjoy the above funny movie they acting in the film Pendekar Bujang Lapok.
Anakku Muhammad Idzham adalah anakku yang pertama telah dilahirkan pada 31 Januari 2001 di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) Kuala Lumpur melalui pembedahan. Aku dimasukkan ke hospital pada 29 Januari 2011 jam 10.00 malam kerana telah ada tanda-tanda untuk melahirkan anakku. Sampai sahaja aku di sana, aku terus dibaringkan di atas katil, sementara menunggu doktor datang.
Tiba-tiba berderau darahku melihat darah yang begitu banyak di atas lantai sebelah katilku. Aku tidak dapat melihat siapakah insan di sebelahku kerana katilku dipisahkan dengan sehelai tirai. Apabila aku melihat darah yang begitu banyak, terus hilang sakit yang sedang aku tanggung.
Aku tidak pasti bila waktunya, seorang doktor lelaki berbangsa benggali datang memeriksaku. Beliau memaklumkan aku dimasukkan ke wad demi keselamatan walaupun beliau mengatakan pintu rahimku baru 2 cm dan lama lagi untuk bersalin.
Keesokan harinya, aku berasa sungguh sihat dan aku boleh makan seperti biasa. Jururawat telah memberikanku ubat pil untuk mempercepatkan kelahiran. Jam 6.00 petang, kesakitan sudah terasa di pinggang dan juga di ari-ariku. Semakin lama aku merasa semakin kuat kesakitan itu. Aku memaklumkanMajlis pertunangan anak buahku yang pertama telah selesai diadakan di Seri Menanti, Negeri Sembilan pada 16 April 2011. Aku beranggapan seperti biasa majlis akan diadakan pada sebelah petang. Pagi itu aku mendapat panggilan dari Kakakku Zuraidah Anum yang kami panggil sebagai Kak Ngah menyuruhku bersiap dengan segera kerana mereka akan bertolak jam 10.00 pagi. Kelam kabut aku dibuatnya, kerana hari itu hari Sabtu, aku tidak sempat itu membuat sarapan untuk anak-anakku.
Cepat-cepat aku menggerakkan anak-anakku bangun dan menyuruh mereka mandi. Seperti lipas kudung aku melakukan apa yang sepatutnya sebelum pergi. Suamiku tidak dapat pergi bersama kerana ia ada urusan di Johor Baharu. Setelah siap aku bersarapan dengan suami dan anak-anakku di warung. Sedang aku bersarapan, sekali lagi kakakku telefon mengatakan mereka akan berangkat. Sekali lagi aku dan anak-anakku kelam kabut untuk menghabiskan makanan yang masih banyak. Selepas aku dan anak-anakku bersalaman dengan suamiku kerana tidak mengikuti kami, aku pun berjalan dan kelihatan adikku yang sedang memandu kereta Toyota, extima sedang menungguku. Kami semua masuk ke dalam keretanya dan terus jalan melalui Highway Lekas kerana semua ahli rombongan akan berkumpul di hentian Bukit Putus, Negeri Sembilan.
Aku lihat adikku Samuri nama sebenar Ahmadku Shairi telah siap menunggu dengan memakai baju batik dan bersongkok hitam. Hmm...sekali pandang macam datuk dari wakil rakyat pulak...semua senyum melihatnya kerana ia akan menjadi ketua kumpulan dan akan menjadi wakil dari pihak lelaki.
Sementara menunggu yang lain, sempat juga abang iparku Othman Omar, mengeluarkan buah durian yang dibawa dari Pahang. Aku tidak dapat untuk memakannya kerana nanti bila dekat dengan orang mulut akan berbau durian pula...Setelah semuanya sudah ada kami terus bertolak ke rumah perempuan di Seri Menanti.
Setelah majlis selesai, kami dijamu dengan hidangan yang lazat...Tetapi aku tidak boleh memakan dengan selesa kerana tempat duduk ketika itu penuh, lantas aku dan anak-anakku makan di ruangan hadapan rumah mereka Semoga anak buahku dapat terus berjaya hingga ke tarikh persandingan yang akan diadakan pada 11/11/2011 di tempat pengantin perempuan dan pihak kami pada 19/11/2011 di Putrajaya.