Isnin, 16 April 2012

HOW TO WEAR HIJAB

You want to know how to wear hijab. Come visit this video.  It make your face nice and beautiful...
Read More

Sabtu, 4 Februari 2012

TIDAK MAHU JADI SEPERTI FARID!

Aku teringat ada satu drama tv di TV3 yang telah disiarkan pada sebelah malam di mana aku dan anak-anakku telah menonton drama tersebut. Cerita yang mengisahkan dua orang adik beradik yang bernama Abdullah dan adiknya Farid. Abangnya Abdullah terpaksa berhenti kerja di Kuala Lumpur kerana adiknya Farid telah pergi bekerja di bandar. Abdullah telah berhenti kerja di Kuala Lumpur adalah kerana semata-mata untuk menjaga ibunya yang sudah tua di kampung. Abdullah bekerja di kilang kayu arang yang sama bersama ibunya. Semasa bekerja di kilang itu, seorang gadis telah jatuh hati kepada Abdullah kerana kerajinan Abdullah dan sikapnya yang tidak membuang masa seperti pemuda lain. Abdullah rupa-rupanya juga tidak bertepuk sebelah tangan. Setiap bulan gajinya diserahkan kepada ibunya dengan mengharapkan apabila wang simpanannya telah cukup bolehlah ibunya masuk meminang si gadis tersebut. Perhubungan kedua-duanya juga direstui kedua-dua belah pihak.

Berbalik kisah adiknya Farid yang telah bekerja di bandar, beliau telah berkenalan dengan seorang gadis yang bekerja sebagai pelayan kelab malam yang kebetulan bekas kawan abangnya Abdullah. Gadis ini pernah menaruh hati terhadap abangnya Abdullah tetapi cintanya telah ditolak oleh Abdullah. Apabila gadis itu tahu Farid adalah adik kepada abangnya Abdullah, gadis itu mula merancang bagaimana untuk mendekatkan dirinya kepada Abdullah semula. Dia memberitahu Farid yang dirinya sedang dicari oleh Along kerana telah meminjam
Read More
http://posts.fanbox.com/6mlg4

Selasa, 31 Januari 2012

DOAKAN SAYA IBU!

Pada bulan mac tahun 2011, di sekolah kebangsaan telah mengadakan ujian bulanan. Seperti biasa di sebelah pagi, banyak persiapan awal terpaksa aku lakukan sebelum menghantar anak-anakku ke sekolah. Setiap pagi aku sudah bising menyuruh anak-anakku memeriksa keperluan yang sepatutnya perlu dibawa.

Pagi itu, aku berkata kepada anak-anakku untuk menjadi anak yang cemerlang bermula dari rumah dahulu. Mereka hendaklah memimpin diri sendiri iaitu dari bangun pagi, mandi, pakai baju sekolah, sikat rambut, minum pagi, pastikan beg sekolah dan beg tuala (untuk mandi di transit) tidak perlu lagi ibu perlu mengingatinya kerana ia adalah perlu dilakukan setiap hari. Jika semua itu boleh dilakukan tanpa lagi dileteri ibu, bermakna mereka sudah menjadi anak yang cemerlang, barulah boleh memimpin di sekolah pula dan guru sekolah berani hendak memberi jawatan seperti pengawas, pustakawan ataupun ketua darjah. Masing-masing diam dan memandang kepadaku, aku sendiri tidak tahu sama ada mereka memikirkan apa yang aku katakan atau sebaliknya.

Read More

Jumaat, 9 September 2011

AMBOI PAK ITAM SAYANG!

Aku amat meminati rancangan Adila yang bermaksud Aku, Dia dan Lagu di stesyen Radio Klasik Nasional FM setiap jam 5.00 petang - 7 malam hari Isnin hingga Khamis.  Cerita dari peminat tentang liku-liku kehidupan mereka dibaca oleh artis dan juga petugas di stesen itu.  Aku juga berhasrat untuk menghantar salah satu coretan hidupku. Setelah sekian lama akhirnya dapat juga aku menyiapkan coretan tersebut dan telah disiarkan pada tarikh 6 September 2011. Coretannya adalah seperti berikut:-
AMBOI PAK ITAM SAYANG
Ketika aku pulang dari pejabat bersama anak keduaku Muhammad Irfan yang sekarang telah berusia 8 tahun (kebetulan hari itu cuti sekolah penggal akhir)  Irfan asyik merengek kepadaku untuk membawanya ke pejabatku.  abangnya Muhammad Idzham pula di rumah maduku kerana suamiku mengambil cuti untuk membuat kolam ikan di rumahnya).  Sedang aku asyik berbual dengan Irfan,  berkumandang lagu Amboi Pak Itam Sayang di stesen Radio Klasik. Sambil memandu aku menyanyi lagu tersebut kerana aku memang amat meminati lagu-lagu klasik lebih-lebih lagu lagu Saloma. Fikiranku melayang ke zaman 60-an, membayangkan  budak-budak muda di zaman itu yang memakai baju petak-petak dan lengannya pula dilipat hingga ke paras lengan. Rambut mereka pula berminyak dan berketak-ketak dan disisir rapi ke belakang. Aku bayangkan budak-budak muda di zaman itu dalam filem P. Ramlee seperti  pelakon S . Samsudin, Aziz Satar, S. Romai Noor, Nordin Ahmad dll. Setiap kali aku pulang dari pejabat, aku sering membuka siaran klasik nasional untuk mengikuti rancangan Adila yang bermaksud Aku, dia dan Lagu.   Pernah disuatu ketika aku menangis seorang diri ketika memandu pulang ke rumah tatkala mendengar suatu kisah di rancangan tersebut. Cerita tersebut begitu menyentuh perasaanku. Ada juga tergerak di hatiku untuk menghantar coretan kenanganku  ke rancangan tersebut, tetapi sampai sahaja di pejabat aku lupa kerana sibuk dalam menjalankan tugas-tugasku di pejabat.
Read More

Ahad, 28 Ogos 2011

Hari Raya Aidil Fitri

Sempena Hari Raya Aidil Fitri yang akan menjelma ini, sayu hariku bila terkenangkan ayahku yang telah meninggal dunia hampir 20 tahun yang lalu. Setiap pagi hari raya aku akan terkenangkan ayahku yang amat suka rendang daging. Sehari sebelum hari raya ayahku yang selalu sibuk membeli daging dan menyuruh kami membuat rendang daging dan kami juga akan merebus ketupat untuk dimakan di pagi hari raya sebelum bersembahyang hari raya di masjid....Al-fatihah buatmu Ayah dan aku doakan ayah digolongkan dalam orang-orang yang beriman. Amin.....
Read More

Rabu, 6 Julai 2011

PENDEKAR BUJANG LAPOK EDISI BARU

I am very proud because even the foreigners can appreciate Tan Sri P. Ramlee my favourite actor.  I hope you'll  happy and  enjoy the above funny movie they acting in the film Pendekar Bujang Lapok.

Read More

Jumaat, 10 Jun 2011

BUAT SATU LAGI SLIDESHOW GUNA SUPERFLIX

Aku memang suka membuat pelbagai slideshow menggunakan bermacam-macam software seperti onetruemedia.com, picasa dll. Baru-baru ini aku diberi peluang untuk membuat slideshow gunakan superflix di Youtube. Inilah hasil yang aku buat secara ringkas..

Read More