Khamis, 19 Julai 2018

Malam Hari Raya Aidil Fitri Bahagian Pentadbiran Am

Aku telah ditukarkan ke Bahagian Pentadbiran Am pada 15 September 2018.    Rasanyanya baru sahaja aku ditempatkan ke Bahagian Pengurusan Sumber Manusia pada awal Januari 2014, tetapi aku akur atas arahan tersebut.  Sememangnya aku seronok di Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, kerana di situ ramai teman-teman dan setiap hari ada sahaja isu dan topik jadi perbualan kami untuk dijadikan gurau senda.

Sebelum ini aku pernah juga ditempatkan di Bahagian Pentadbiran Am dari tahun 2001 hingga 2007.  Tetapi ketika itu, aku sebagai kerani biasa yang pernah menguruskan penghantaran surat ke luar melalui pos laju dan pos biasa, Unit bekalan dan urusan perolehan Alat Tulis DBP,  urusan fotokopi dan juga urusan kenderaan dan pemandu.  Kini aku ditukarkan ke sana sebagai pentadbir dan lebih dikenali sebagai cc atau kerani kanan.  

Di bawah jagaanku ada dua orang PTPO N19, seorang Pegawai Khidmat Pelanggan yang menjalankan tugas operator telefon, dan 5 Pembantu Operasi.   Kerja di Unit Pentadbiran adalah kerja-kerja operasi yang rutin tapi banyak.   Tugasku perlu memantau tugas-tugas bagi urusan bayaran utiliti bulanan, disamping itu memantau kerja-kerja penghantaran pos ke luar melalui mesin franking dan pos laju.  Selain itu, urusan perekodan surat luar/dalaman untuk disemak dan diluluskan oleh ketua bahagian.   

Antara yang tiada di bahagian lain, tugasku ialah menguruskan penyalinan dokumen sama ada dalam bentuk manuskrip, kertas kerja, dokumen lain yang perlu diperbanyakkan dalam kadar yang segera.  Mana tidaknya, sekiranya ada manuskrip daripada Bahagian Buku Sekolah, tugas penyalinan perlu diutamakan kerana kebanyakan manuskrip tersebut perlu dibawa ke dalam bengkel sebelum dihantar ke Kementerian Pelajaran Malaysia.

Sebenarnya, bukan itu yang aku ceritakan di sini.   Tetapi aku ingin menceritakan setiap kali aku ditukarkan ke bahagian lain, sudah pastinya aku akan dilantik sebagai AJK Badan Kebajikan.   Rasanya sudah letih untuk menguruskan program kekeluargaan atau sosial untuk mengeratkan silatuarrahim.  Di  Bahagian Pentadbiran Am ini pula, aku telah dilantik sebagai Timb Pengerusi Badan Kebajikan Bahagian Pentadbiran Am walaupun aku cuba beberapa kali untuk mengelaknya tetapi tidak berjaya.

Pada tahun ini, aku dan AJK Badan Kebajikan Bahagian Pentadbiran Am telah bermesyuarat untuk mengadakan Majlis Hari Raya Aidil Fitri..  Hasil daripada perbincangan tersebut, AJK bersetuju majlis itu akan diadakan pada 14 Julai 2018 bertempat di Sanggar Tun Sri Lanang, Aras 31 pada waktu malam.  AJK juga bersetuju supaya keluarga ahli juga dijemput supaya dapat berkenal mesra.  Selain daripada menu, perlbagai isu juga dibincangkan terutama untuk mendapatkan sumbangan ahli selain ditaja daripada hasil tabung Badan Kebajikan.

Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga majlis itu diadakan.  Sempat juga aku merakam kemeriahan majlis tersebut.   Pada malam itu, suami dan anakku Muhammad Irfan dapat hadir, tetapi malangnya anakku Muhammad Idzham yang tinggal di asrama tidak dapat hadir kerana pada minggu itu, ia tidak pulang ke rumah.







Makaroni Goreng (Masakan penulis)
Rendang Ayam Ala Negeri Sembilan

Ketupat  Palas - sumbangan Justina Rantian

Laksa Penang
Brownies - dimasak oleh Rafidah Rasip



Kuah Kacang untuk sate

Puding

Puding Jagung


Banyak menu yang tidak sempat dirakamkan, seperti Nasi Lemak Ikan Bilis, Lemang, Mee dan Mee Hoon Soto, rendang daging dan pulut kuning dan macam-macam lagi.    Kebanyakan semua menu disumbangkan oleh rakan-rakan yang bermurah hati.   Semuga Allah membalas jasa baik kalian. semua.  Disamping itu, sempat juga merakam semua hadirin yang dapat hadir pada malam itu.  Anakku memaklumkan ada pelakon muda Aidit Noh hadir pada malam itu.  Aku tidak begitu tahu sangat nama-nama pelakon muda ini.   Bila aku lihat wajahnya memang ada iras kawanku kerana bapanya bekerja di bahagian Pentadbiran Am.










Acara beri duit raya kepada kanak-kanak







Selasa, 22 Oktober 2013

Surah Rukyah Untuk Menghindari Sebarang Gangguan Makhluk Halus

Tiba-tiba Irfan demam pula  pagi ini. Cuak rasa hatiku bila mengingatkan yang baki cutiku kini hanya tinggal 7 hari sahaja.  Niat dihati untuk menyimpan cuti rehat tahun ini sebanyak 10 hari hanya tinggal angan-angan sahaja.  Cuti rehat yang aku harapkan untuk dimasukkan ke dalam Award Wang Tunai (AWT)  tidak kesampaian tahun ini kerana Irfan kerap semput-semput.  Jumlah cuti rehat yang  terkumpul sehingga kini baru 59 hari.  Kawan-kawan yang lain sudahpun melebihi 100 hari dan ada yang telahpun cukup 150 hari.  Bila tiba hari terakhir bertugas dalam perkhidmatan  (pencen) nanti dapatlah ganjarannya iaitu wang tunai (perkiraannya 5 bulan dikali dengan gaji semasa).  Dengan duit itu nanti dapatlah digunakan sementara menunggu duit pencen setiap bulan.  Duit pencen pula bukannya dapat penuh seperti mana sekarang, tetapi cuma 3/4 daripada gaji pokok, tidak termasuk elaun, itupun jika perkhidmatan melebihi 30 tahun, jika tidak hanya 1/2  daripada gaji pokok sahaja.

Malam itu aku tidak dapat tidur lena kerana kepanasan.  Seluruh badanku berpeluh-peluh.  Aku menekan butang nombor 3 bagi menambahkan kelajuan kipasku. Aku membaca zikir di dalam hati, dengan harapan  agar aku dapat tidur lena secepat mungkin kerana esok aku terpaksa bangun awal untuk menyediakan sarapan anak-anakku sebelum mereka ke sekolah dan aku juga kena memastikan dapat tiba ke pejabat sebelum pukul 8.30 pagi. Mungkin simtom-simtom pramonopouse agaknya yamg menyebabkan sekejap rasa panas sekejap normal.  Kata orang kalau kita dalam peringkat pramonopause memang selalu rasa panas dan sememangnya aku juga kadang kala merasai kepanasan tersebut walaupun suhu hawa dingin di pejabatku amat sejuk sekali. 

Tepat jam 6.15 pagi, aku membangunkan anak-anakku agar bangun pagi untuk ke sekolah.  Irfan memberitahuku badannya panas dan kepalanya pening.  Selepas aku menghantar anakku Idzham ke sekolah, kemudian aku meletakkan baju  dan beg sekolah agama Idzham di sekolah agamanya.  Terus aku dan Irfan menuju ke Cheras Perdana untuk pergi ke Klinik Kita.  Setelah doktor merawatnya, Irfan diberi cuti selama satu hari.  Aku terpaksa mengambil cuti kecemasan kerana suhu badannya pun amat panas.  Lagipun aku lihat Irfan tidak cergas seperti biasa.  

Aku memaklumkan kepada rakannya yang aku mengambil cuti rehat hari itu.  Aku juga memaklumkan kepada adik beradikku dalam wassup kami yang aku create kumpulan adik beradik.  Macam-macam petua yang diberikan kepadaku, termasuklah Surah Rukyah ini.  Dapat juga aku tahu tentang surah ini dalam internet. Surah ini amat baik sekali kepada yang diganggu makhluk halus.  Aku juga akan menggunakan surah ini di rumah kerana anak-anakku sering takut untuk ke bilik air mahupun untuk masuk ke dalam bilik mereka atau ke dapur jika bersaorangan.   Tiba-tiba aku teringatkan rakan sepejabatku yang sering diganggu makhluk halus sehinggakan ia rasa ingin berpindah dari rumah yang dibelinya.

Jika anda ingin hendak mendengar surah tersebut bolehlah mencarinya di dalam youtube

Surah Rauqyah

Ada juga yang memberitahuku, jika seseorang itu sememangnya diganggu makhluk halus, mereka akan mengalami simpton-simpton berikut tatkala mendengar surah ini.

- Pening kepala
- mabuk
- muntah-muntah
- menggeletar
- pengsan
- seram-sejuk
-berdebar-debar
 
 
Surah surah Ruqyah mengandungi ayat ayat Al –Quran seperti berikut:

Urutan Ayat-Ayat Ruqyah || No; Nama Surah; Juzuk; Ayat

1 Al-Fatihah 1 Seluruhnya
2 Al-Baqarah 1 1-5
3 Al-Baqarah 1 102
4 Al-Baqarah 2 163-164
5 Al-Baqarah (Ayatul Kursi) 3 255
6 Al-Baqarah 3 285-286
7 Ali-Imran 3 18-19
8 Al-’Araf 8 54-56
9 Al-’Araf 9 117-122
10 Yunus 11 81-82
11 Toha 16 69
12 Al-Mukminun 18 115-118
13 As-Soffaat 23 1-10
14 Al-Ahqaaf 26 29-32
15 Ar-Rahman 27 33-36
16 Al-Hasyr 28 21-24
17 Al-Jin 29 1-9
18 Al-Ikhlas 30 Seluruhnya
19 Al-Falaq 30 Seluruhnya
20 An-Naas 30 Seluruhnya

Bagi anda yang ingin mengamalkan surah ini, baca dulu peraturannya sebelum membuatnya..

Peraturannya di sini.  Selamat mencuba.

 

Sabtu, 5 Oktober 2013

ANAK SEDANG MENDUDUKI PEPERIKSAAN DI SEKOLAH

Setiap ibu bapa inginkan anak-anaknya mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang.  Ada yang memberi kelas tambahan atau tusyen untuk anak-anak terutama anak-anak tahun 6 yang akan mengambil peperiksaan UPSR, Tingkatan 3 untuk PMR dan Tingkatan 5 pula Sijil Peperiksaan Malaysia. Tingkatan 6 Sijil Tinggi Persekolahan.  Selepas berjaya di  peringkat ini, anak-anak sekali lagi menduduki peperiksaan bagi mendapatkan sekeping sijil sama ada diploma, ijazah ataupun PhD. Walau apa juga status anak anda, ibu bapa juga sebaik-baiknya membantu anak dari rumah ataupun di mana juga.  Seelok-eloknya ibu dan bapa hendaklah berpuasa pada hari tersebut, kerana orang yang berpuasa itu lebih dekat dengan Allah s.w.t. dan doanya insyaallah akan dimakbulkan Allah s.w.t.

Di sini saya sertakan amalan yang boleh dilakukan oleh ibu bapa semasa anak anda berada di dalam dewan kerana sedang memerah otak untuk menjawab soalan dengan  betul dan tepat.  Dengan doa daripada ibu bapa, dilorongkan Allah s.w.t.kepada anak anda agar dapat menjawabnya dengan mudah.  Sambil anda mengamalkan doa ini, anda hendaklah betul-betul memohon dan berdoa kepada Allah s.w.t. agar Allah mempermudahkan anak anda menjawabnya dengan betul dan tepat. Insyaallah.....Kita cuma berusaha, daripada duduk diam baik kita buat amalan ini disamping kita mendapat ganjaran pahala dari Allah....waulahhualam..




Rabu, 17 Oktober 2012

Thank You

graphics18.com | Thank You | Forward this Picture

Jumaat, 12 Oktober 2012

TAMBAH PENDAPATAN MELALUI FANBOX


Fanbox merupakan suatu laman sosial yang telah dikenalpasti kesahihannya untuk mendapatkan pendapatan melalui internet. Sama dengan Facebook, fanbox boleh menghasilkan pendapatan berbanding facebook hanya untuk bersosial. Saya telah bertanya kepada rakan saya dari fanbox iaitu $Noor$ dan mat weber. $Noor$ merupakan nombor satu dalam senarai dari Malaysia dan mat weber pula masih mengekalkan senarai nombor dua. Kedua-dua mereka ini telah pun mendapat hasilnya dari usaha mereka beberapa kali melalui cek mahupun melalui pay pal. Saya percaya dan amat yakin Fanbox merupakan satu laman sosial yang boleh dipercayai seratus peratus (100%) jika anda benar-benar mahu untuk mencari pendapatan melalui internet. Read more http://posts.fanbox.com/2vhv4

Isnin, 13 Ogos 2012

prelaunchX Invitation

prelaunchX Invitation: You're invited to join prelaunchX

Khamis, 9 Ogos 2012


Anda ingin mengetahui pasangan anda berlaku curang. Jika pasangan anda sering melakukan seperti berikut: i) Menyentuh hidung Apabila seseorang itu berbohong, tisu-tisu erektil pada hidungnya akan dipenuhi darah menyebabkan ianya membesar. Fenomena ini juga dikenali sebagai kesan pinocchio. Jadi, apabila si dia bercakap dengan anda dan kerap menyentuh hidung yang tidak gatal, sebenarnya ada sesuatu yang diselindungkannya. ii)Menutup mulut Ada sesetengah orang meletakkan tangan di atas mulut mereka apabila berbohong. Ini merupakan satu tindak balas automatik yang lahir dari segi psikologi kerana dari kecil lagi sudah dididik untuk tidak berbohong. Apabila mulut mengeluarkan kata-kata dusta, tangan cuba menghalangnya. iii) Gagap Apabila seseorang yang bercakap lancar dan licin tiba-tiba gagap merupakan tanda – tanda sedang mengalami tekanan emosi. Sekiranya tiada apa-apa petunjuk bahawa tekanan ini disebabkan perkara lain seperti sedih, pilu, marah dan sebagainya, kemungkinan besar orang tersebut berbohong. Jadi, jika anda bertanya pada teman lelaki / wanita anda dan si dia gagap untuk menjawabnya, maka anda tahu membuat kesimpulan atas tindakannya itu. iv) Pergerakan mata Orang yang berbohong akan cuba meyakinkan pendengarnya dengan memandang tepat pada mata mangsa. Oleh itu, sekiranya kelipan mata berkurangan dari kadar biasa, ini mungkin tanda berbohong. Sebaliknya, ada juga keadaan dimana sekiranya mata seseorang itu tiba-tiba berkedip dengan banyaknya, ini merupakan tanda-tanda tekanan perasaan yang berkemungkinan disebabkan berbohong juga. Kerlipan mata yang normal sahaja menunjukkan dirinya tidak berbohong. v)Melengah-lengahkan jawapan Orang yang berbohong perlu berfikir sebentar untuk mereka cipta pembohongannya. Berfikir terlalu lama, berdehem, batuk dan sebagainya merupakan tanda-tanda bahawa orang tersebut mungkin berdusta. vi) Resah Orang yang berdusta kerap gelisah dan mengubah-ubah posturnya. Apabila seseorang yang dalam keadaan tenang tiba-tiba sahaja menjadi resah dan tidak senang duduk apabila berhadapan dengan sesuatu soalan, ini berkemungkinan merupakan bahawa seseorang itu sedang berbohong. Rasanya adakah anda akan berbuat demikian jika anda berbohong?? 

Khamis, 19 Julai 2012

Moist Chocolate Cake.

* Bahan A ( Diayak Bersama ) : - 280g Tepung Gandum 40g Serbuk Koko 2 Sudu Teh Serbuk Penaik 1 Sudu Teh soda Bikarbonat * Bahan B : - 2 Sudu Teh Nescafe ( larutkan Dengan 1 Sudu Teh Air panas ) 280g Marjerin 200g Gula Halus 5 Biji Telur Ayam 1 Sudu Teh Esen Vanila 250g Coklat Masakan ( Dicairkan ) 1/4 Cawan Air Sejuk ( Betul2 Sejuk ) * Cara Penyediaannya : - 1. Pukul marjerin dan gula hingga kembang.Masukkan telur satu demi satu dan pukul sebati setiap kali telur dimasukkan. 2. Masukkan esen vanila, adunan nescafe serta coklat masakan yang telah dicairkan dan kacau. 3. Masukkan adunan tepung sedikit demi sedikit dan diselang-selikan dengan air sejuk dan dikacau sebati. 4.Masukkan ke dalam acuan kek.bakar dalam ketuhar yang bersuhu 180c selama 1 jam 30 minit.Angkat dari ketuhar dan sejukkan.siap untuk disajikan.

Khamis, 21 Jun 2012

Doa Elak Terkena Penyakit Angin Ahmar atau Stroke


Doa Rihul Ahmar

ِبِسْـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم

وَبِهِ نَسْتَعِيْنُ بِسْـمِ اللهِ وَبِاللهِ وَمِنَ اللهِ وَإِلَى اللهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلاَ إِلَهَ إِلا الله وَاللهُ أَكْبَرُ وَاَعَـزُّ وَاَجَلُّ مِمَّا اَخَافُ وَأَحْذَرُ . اَللهُ أَكْبِرْ كَبِيْرًا ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيْرًا ، وَسُـبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِـيْلا . بِسْـمِ الله الْشَّافِى بِسْـمِ اللهِ الْكَافِى بِسْـمِ اللهِ الَّذِى لا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَئُ فِى الاَرْضِ وَلا فِى الْسَّمَاءِ وَهُوَ الْسَّمِيْعٌ الْعَلِـْيم . وَنُنَزِّلَ مِنَ الْقُرْْءَانِ مَاهُوَ شِفَاءٌ وَرَِحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِيْنَ. اَللَّهُمَّ أناََ الرَّاقِى وَاَنْتَ الشَّافِىأَعُوْذُبِكَ مِنْ شَرِّمَا قَضَيْتَ. اللهُ أَكْبَرْ اللهُ أَكْبَرْ اللهُ أَكْبَرْ أَيُّهَا الْمَلَكَانَ الأَكْبَرَانَ أَعُوْذُ بِاللهِ رَبِّى وَرَبُّكُمَا وَخَالِقِى وَخَالِقِكُمَا وَمُصَوِّرِى وَمُصَوِرَكُمَا خَالِقِ الْصُّوَرِ وَرَازِقِ الْبَشَـرِ.أَعُوْذُ بِاللهِ مِنْ جَمِيْعِ الآفَاتِ وَالْعَاهَاتِ وَالْبَلاَءِ وَالأمْرَاضِ وَالأسْقَامِ وَالْكَسَلِ وَالْخُمُوْدِ وَالْخَبَالِ. اَعِذْ حَامِلْ كِتَابِى لِهَاذَا بِاسْـمِكَ الْعِظَامِ وَآلآئِكَ التَّمَامِ يَا ذَا الْجَلالِ وَالإكْرَامِ يَا مَنْ لَهُ الْمُلْكُ وَالْمَلَكُوْتُ يَامَنْ لَهُ الْجَلالُ وَالْجَبَرُوْتُ. سُبْحَانَكَ مَا أَعْظَمَ شَأنُكَ يَا فَاطِرِ السَّمَوَاتِ وَالأرْضِ، يَامَلْجَاءَ الْمَلْهُوْفِيْنَ يَاَرْاحَمَ الْمَسَاكِيْنَ يَاذَا الْعَظَمَةِ وَالْسُّـلْطَانَ ، يَاذَا الْرَأْفَةِ وَالإِحْسَانِ. يَا حَنَّانُ يَا مَنَّانُ يَا قََاهِرُ لايُقْهَرُ يَاجَائِرُ لايُجَارُ عَلَيْهِ . أَعُوْذُبِكَ مِنْ عَذَابِ الْبَدَنِ وَالْمِحَنِ وَأَعُوذُبِكَ مِنَ الرِّيْخِ الأحْمَرِ وَمِنَ الدَّاءِ الأكْبَرِفِىْ النَّفْسِ وَالرُّوْحِِ وَالدَّمِ وَاللَّحَمِ وَالْعِظَمِ وَالْجِلْدِ وَالْعَرُوْقِ وَالْعَصْبِ ، سُبْحَانَكَ إِذَا قَضَيْتَ أَمْرًا فَإِنَّمَا تَقُوْلُ لَهُ كُنْ فَيَكُوُْن. اَللهُ أَكْبَرْ اَللهُ أَكْبَرُ اَللهُ أَكْبَرُ . يَا بَارِىءُ يَابَرُّ يَامُغِيْثُ يَاجَبَّارُ يَاقَهَّارُ يَاقَاسِطُ يَامُقسِطُ يَاقََائِمًا بِالْقِسْطِ يَاصَرِيْخَ الْمُسْتَصْرِخِيْنَ يَامُبْدِىءُ يَامُعِيْدُ يَادَافِعُ يَاكَافِى يَاشَافِى يَامُعَافِى يَاغَيَاثَ الْمُسْتَغِيْثِيْنَ . يَاشَاكِرُ يَاشَكُوْرُ يَاعَطُوْفُ يَارَؤُوْفُ ياَنَاصِرُ يَانَصِيْرُ يَاقَادِرُ يَامُقْتَدِرُ يَااَهْيَا يَاشَرَاهِيَا اَدْوَنَاىَ اَصْبَاؤُتَ آلَ شَدَّاىْ اَلْوَهَيْمَ. يَابُيُوْنَاشَمْخِيَّا يَا شَمْخِيْثَا يَاعَظِيْمُ يَامُقَدِّمُ يَامُؤَخِّرُ يَاحَىُّيَاقَيُّوْمُ يَاقََائِمًا عَلَى كُلِّ نَفْسٍ بِمَا كَسَبَتْ يَا سَيِّدَاهْ يَامَوْلاهُ يَامَالِكَاه يَاغَايَه يَارَغَبَاه يَامَنْ يَعْلَمُ مَا نُخْفِى وَمَا نُعْلِنُ ، يَا أَحْكَمَ الْحَاكِمِيْنَ. يَا وَلِىُّالْمُؤْمِنِيْنَ يَا عَوْنَ الْضُّعَفَاءِ وَالْمَسَاكِيْنَ يَاكَافِى الْمُتَوَكِّلِيْنَ يَا مُكَرِّرَالْلَّيْلَ عَلَى الْنَّهَارِ وَالْنَّهَارِ عَلَى الْلَّيْلَ يَاقََاهِرَ كُلِّ شَيْطَانٍ مَرِيْدٍ يَاقَاهِرَكُلَّ جَبَّارٍ عَنِيْدٍ . يَانِعْمَ الْمَوْلىَ وَيَانِعْمَ الْنَّصِيْر،يَارَازِقَ الطِّفْلِ الصَّغِيْرِ، يَاَرَاحِمَ الشَّيْخِ الْكَبِيْر، يَا وَلِىَّ الْمُؤْمِنِيْنَ، يَاإِلَهَ الاؤَّلِيْنَ وَالْلآخِرِيْنَ يَا حَبِيْبَ التَّوَابِيْنَ يَا اَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ. يَاخَيْرَ الْغَافِرِيْنَ يَاخَيْرَ الْوَارِثِيْنَ يَا خَيْرَ الْفَاصِلِيْنَ يَامَالِكِ يَوْمِ الدِّيْنَ . اَللَّهُمَّ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِيْنَ وَعَلَيْكَ نَتَوَكَّلُ وَفِيْكَ نَرْغَبُ وَفِيْمَا لَدَيْكَ نَرْجُوْ وَمِنْكَ نَخَافُ . اَللَّهُمَّ اكْفِنِىْ جَمِيْعَ اَلآلآمِ وَالأسْقَامَ وَجَمِيْعَ الأمْرَاضِ وَالْعِلَلِ وَالدَّمِ اْلأَسْوَدِ. اَللَّهُمَّ اكْفِنِى الدَّاءَ اَلأكْبَرْ وَالرِّيْحَ اْلأحْمَرَ وَالدَّمَ اْلأصْفَرَ وَجَمِيْعَ اْلآفَاتِ وَالْعَاهَاتِ وَالسَّكِْتَةَ وَالْهَمَّ وَالْغَمَّ وَالْخُزْنَ وَالسَّجْنَ . اَللَّهُمَّ اكْفِنِى شَرَّ الْحُوْشِ وَالْهَوَامِ وَمُشَاحَنَةَ الْعَوَامِ وَاْلإنْهِزَامِ وَشَرَّ الْشَّيْطَانِ وَالسُّلْطَانِ وَالْقَحْطِ وَالْغَلاءِ وَالزِّلْزَالِ وَالْبَلاءِ وَهَدَمَ الْبِنَاءِ وَشَمَاتَةِ اْلأعْدَاءِ. اَللَّهُمَّ اكْفِنِىْ شَرَّاْلأشْرَارِ وَكَيْدِ الْفُجَّارِ وَمَا اخْتَلَفَ عَلَيْهِ الْلَّيْلُ وَالْنَّهَِارُ إلا طَارِقًا يَطْرُقُ بِحَيْرً يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ . أَعُوْذُبِكَ مِنْ شَرِّكُلِّ دَابَةٍ اَنْتَ آخِذُ بِنَاصِيَتِهَا إِنَّ رَبِّىْ عَلَىْ صِرَاطٍ مُسْتَقِيْم . اَنْتَ رَبِّىْ وَعَلَيْكَ تَوَكَّلْتُ وَاَنْتَ حَسْبِىْ وَنِعْمَ الْوَكِيْل، نِعْمَ الْمَوْلَىْ وَنِعْمَ الْنَّصِيْر . وَلاحَوْلَ وَلاقُوَّةَ إِلا بِاللهِ الْعَلِىِّ الْعَظِيْمِ وَحَسْبُنَا الله وَنِعْمَ الْوَكِيْل نِعْمَ الْمَوْلَىْ وَنِعْمَ الْنَّصِيْر . اَللهُ الْكَافِى اَللهُ الْشَّافِىْ اَللهُ الْحَافِىْ . وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَـيِّدِنـَا مُحَمـَّد وَعَلَى آلـِهِ وَصَــحْبِهِ وَسَــلَمْ وَالْحَـمْدُ لِلَّــهِ رَبِّ الْعَــالَمِي
Sejarah doa Rihul Ahmar

Pada suatu ketika cucunda Nabi Muhammad S.A.W telah menghidap penyakit rongga sehingga menyebabkan darah keluar daripada mulutnya. Para sahabat dan Rasulullah S.A.W sendiri telah mendengar tentang penyakit yang sedang dideritai oleh al-Hassan. Tiba-tiba malaikat Jibril A.S datang menemui baginda memberitahu yang cucunda baginda terkena Rihul Ahmar.

Baginda bertanya;

" Wahai saudaraku JIbril, adakah ubat untuknya?"
"Ada!" Jawab Jibril

Malaikat JIbril pon menghilangkan diri sebentar. Kemudian ia muncul dan berkata.

"Bahawasanya Allah S.W.T telah mengurniakan kepada tuan satu hadiah doa mustajab. Barangsiapa membacanya biarpun sekali seumur hidupnya, nescaya dia terselamat daripada Rihul Ahmar"
Baginda Rasulullah S.A.W telah membaca doa tadi untuk cucunnya Hassan . Berkat rahmat dan kehendak dari Allah S>W.T Hassan pun sembuh ketika itu juga dan bangun dalam keadaan sihat.

Rasulullah S.A.W bersabda kepada para sahabat agar mempelajari doa tersebut dan mengajarnya pada umatnya agar doa itu dapat memberi manfaat kepada mereka, memelihara diri daripada terkena penyakit Rihul Ahmar ini.


Sejarah Rihul Ahmar ini sebenarnya lebih awal daripada itu. Peristiwa kemunculan Rihul Ahmar yang hakikatnya adalah sejenis JIN berlaku pada zaman pemerintahan Nabi Sulaiman A.S lagi.

Ketika semua makhluk termasuk binatang dan segala jenis JIn tunduk kepada Nabi Sulaiman A.S, muncullah seekor JIN yang bernama "Rihul Ahmar" yang enggan tunduk kepada Nabi Sulaiman A.S. Besarnya seumpama saiz sebatang pokok. Apabila ditanya oleh Nabi Sulaiman A.S;

"Siapa kamu?"

Maka dijawab olehnya; "Saya adalah Rihul Ahmar"

Tanpa mahu tunduk tanda hormat, kemudian ia pun terus menghilangkan dirinya kerana enggan tunduk kepada Nabi Sulaiman A.S. Ia muncul kembali semula di zaman Rasulullah S.A.W apabila menyerang Saidina Hassan R.A seperti yang diceritakan tadi. Wallahu 'Alam.
Untuk makluman yang saya dapat, doa angin ahmar ada dua versi. Versi yang pendek dan yang panjang lebih kurang sama panjangnya dengan surah yassin. Tetapi jika nak cuba doa yang pendek seperti berikut:
لا إله إلا الله، والله اكبر، سبحان الله، والحمد لله، ولا إله إلا الله، والله اكبر، ولا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم، اللهم إني أعوذبك مِنْ شَرِّ هَذِهِ الرِّيْحِ ومن شرِّ ما جَاءَتْ به وعافِنِي وأهْلِي وأوْلادِي مِنْهُ، إنك على كُلِّ شيءٍ قـدير

Ya Allah saya mohon perlindunganmu daripada kejahatan angin amār ini, dari segala kejahatan yang dibawa darinya, dan sembuhkanlah aku, kaum keluargaku, anak-anakku dari angin tersebut, sesungguhnya engkau berkuasa atas setiap sesuatu.



Khamis, 7 Jun 2012

Jadikan gambar anda lebih menarik...

Anda suka mengambil gambar?  Adakah anda berpuas hati dengan kualiti gambar yang anda ambil?  Jangan risau, kerana terdapat perlbagai software secara percuma yang anda boleh guna untuk menjadikan gambar anda lebih menarik.
Saya juga sering menggunakan software seperti funny.pho.to.com, photo shop, photo scape dan lain-lain lagi.   Baru ini saya terjumpa blog rakan kita di fanbox yang memberikan laman web yang boleh kita gunakan untuk photo editing dan hasilnya gambar yang diambil akan bertambah cantik dan menarik.  Anda boleh mencubanya dan sudah tentu anda akan berpuasa hati dengan hasil yang akan anda lihat nanti.....selamat mencuba
Gambar ini saya guna photo editing di imikimi

Untuk tahu lebih lanjut jom klik di sini read more

Selasa, 22 Mei 2012

Kari Kepala Ikan

Setelah mengambil anak-anak dari sekolah agama petang itu, aku terus membeli ikan kembung yang agak besar 3 ekor dan daun pisang. Anak-anakku pula suka sangat jika aku singgah ke kedai runcit, bolehlah mereka tumpang sekaki membeli air tin atau air botol, kerana katanya terlalu dahaga. Aku yang tidak sampai hati melihat bibir mereka yang kering dan pucat terpaksalah bersetuju mereka membelinya. Kadang kala membebel juga aku kepada mereka dan menyuruh mereka mengira jumlah belanja mereka pada hari itu yang kadang kala mengalahkan duit makan aku yang bekerja.


Pada malam itu, aku memanggang ikan kembung tersebut yang telah diletakkan sedikit garam, serbuk kunyit dan cili kering yang telah diblend. Kemudian aku masak sambal tumis sotong dengan petai, dan aku panaskan masakan semalam gulai lemak kuning udang dengan rebung. Semasa makan suami dan anak-anakku gemar pula ikan kembung yang aku panggang hingga menjadi rebutan antara anak-anakku Idzham dan irfan. Memandangkan mereka sangat suka lauk ikan kembung itu, aku hanya makan lauk lain dan apabila mereka sudah selesai makan aku makanlah sedikit lebihan ikan kembung dan ratah kepala ikan kembung tersebut. Tiba-tiba aku teringatkan satu cerita sedih yang aku terima melalui emel. Ceritanya begini.....


Ros bukan nama sebenar adalah seorang isteri dan seorang ibu yang tidak bekerja. Setiap hari tugas rutin seorang isteri dan ibu menyiapkan makanan untuk keluarganya yang tersayang. Setiap kali makan bersama keluarga, kepala ikan yang akan beliau akan ambil dahulu. Suaminya dan anak-anaknya tahu sangat akau kegemarannya.


Hari berganti hari, bulan berganti bulan. Tibalah pada bulan itu hari jadi Ros. Ros memberi isyarat kepada suaminya, hari jadinya akan menjelang tiba. Suaminya faham akan maksud isterinya itu. Suami Ros berbincang dengan anak-anaknya apa yang disukai oleh isterinya itu. Setelah berbincang mereka telah mendapat satu keputusan.


Tibalah hari yang dinanti-nantikan. Pada hari itu Ros telah membuat masakan yang istimewa untuk mereka makan bersama-sama nanti. Petang itu suami Ros pulang membawa satu bungkusan yang berbalut cantik dan kemas. Apabila sampai sahaja di pintu, Ros memberikan senyuman yang paling manis dan paling ikhlas kepada suaminya sambil matanya meleret ke arah bungkusan hadiah yang berada di tangan suaminya. Suaminya pun membalas senyuman dan memberikan bungkusan hadiah itu kepada isterinya sambil berkata dengan lembut di telinga isterinya "Selamat Hari Ulang Tahun Ros...Abang sentiasa sayang Ros sehingga akhir hayat Abang...." Ros terus mengambil hadiah tersebut dan menarik suaminya ke meja makan sambil menyimpan hadiah tersebut dan akan membukanya apabila mereka selesai makan nanti. Anak-anaknya pun sudah sedia menunggu ayah mereka di meja makan untuk meraikan hari ulang tahun ibu mereka.


Apabila telah selesai makan, Ros membasuh pinggan mangkuk dan mengemas meja serta apa yang perlu dilakukan. Akhirnya Ros kepenatan dan terlupa untuk membuka hadiah yang diberikan oleh suaminya itu.


Setelah 3 hari berikutnya, tiba-tiba Ros teringat bungkusan hadiah yang diberikan oleh suaminya itu. Lantas beliau terus mengambil dan membuka balutan hadiah tersebut. Dalam hatinya terbayangkan mungkinkah sepasang baju atau sepasang kasut kerana bungkusan itu agak besar. Tiba-tiba alangkah terperanjatnya Ros apabila membuka bungkusan itu penuh dengan ulat-ulat kecil yang melentu-lentuk dan berjalan di sekeliling kepala ikan yang telah busuk. Air mata Ros mengalir dan jatuh dengan derasnya membasahi pipinya. Baru dia tersedar suaminya membeli hadiah itu kerana beranggapan Ros amat suka kepala ikan. Malangnya suami dan anak-anaknya tidak tahu Ros selalu memakan kepala ikan adalah semata-mata untuk suami dan anak-anaknya makan dagingnya dan beliau amat berpuas hati apabila mereka makan semuanya. Biarlahlah Ros makan kepada ikan sahaja asal mereka semua dapat menikmati masakannya.


Apabila aku membaca kisah di atas dahulu, aku juga turut mengalirkan air mata kerana aku juga akan berbuat demikian kerana itulah pengorbanan seorang isteri dan juga seorang ibu...


(Cerita itu aku olah semula untuk renungan kita bersama)


Kari Kari Kepala Ikan


Isnin, 21 Mei 2012

Surat Cinta Yang Pertama!

Senyuman Idzham

<p>&nbsp;</p> <div style="text-align: justify;"> <p>Seperti biasa jam 6.30 petang aku sudah berada di depan sekolah agama&nbsp; anakku, di Taman Impian, Balakong, Selangor untuk mengambil anak-anakku pulang ke rumah. Apabila semuanya sudah masuk ke dalam kereta, aku pun terus membawa keretaku ke kedai runcit untuk membeli ikan dsbnya untuk aku buat makan malam nanti.</p> </div> <p>Semasa dalam perjalanan ke kedai runcit, tiba-tiba Idzham pun berkata kepadaku yang ia tidak suka lagi kepada kawan perempuannya yang bernama Y yang ia minati selama ini. Dalam hatiku terdetik, agaknya budak perempuan itu telah menyakitkan hatinya. Tetapi lain pula yang ceritanya.</p> <div style="text-align: justify;"> <p>&nbsp;<strong>Idzham:</strong> Ibu, tadi saya terima surat dari seorang budak perempuan bernama Z.&nbsp;&nbsp;Budak&nbsp;itu menyatakan ia suka kepada saya.</p> <p>Dalam hatiku berkata, ada juga peminat anakku ini.&nbsp; Baru darjah lima sudah pandai nak bercintan-cintum pulak.</p> </div> <div style="text-align: justify;"> <p />&nbsp;<strong>Ibu:</strong> Habis, mana dia surat tu? Ibu nak tengok</div><p><a href="http://blogs.fanbox.com/MYSONS">Read More</a></p>

Ahad, 13 Mei 2012

Be Careful

Be careful with wild animals, although it was observed by the human animal or under guard at the zoo. See the consequences if you think it is not important.

Before accident:














After accident:







Rabu, 2 Mei 2012

What your sleeping position says about you ...

 

What your sleeping position says about you ...

Foetus

Those who curl up in the foetus position are described as tough on the outside but sensitive at heart. They may be shy when they first meet somebody, but soon relax. This is the most common sleeping position, adopted by 41% of the 1,000 people who took part in the survey. More than twice as many women as men tend to adopt this position.



Log

Lying on your side with both arms down by your side. These sleepers are easy going, social people who like being part of the in-crowd, and who are trusting of strangers. However, they may be gullible.



Yearner

Read More

Isnin, 16 April 2012

HOW TO WEAR HIJAB

You want to know how to wear hijab. Come visit this video.  It make your face nice and beautiful...
Read More

Sabtu, 4 Februari 2012

TIDAK MAHU JADI SEPERTI FARID!

Aku teringat ada satu drama tv di TV3 yang telah disiarkan pada sebelah malam di mana aku dan anak-anakku telah menonton drama tersebut. Cerita yang mengisahkan dua orang adik beradik yang bernama Abdullah dan adiknya Farid. Abangnya Abdullah terpaksa berhenti kerja di Kuala Lumpur kerana adiknya Farid telah pergi bekerja di bandar. Abdullah telah berhenti kerja di Kuala Lumpur adalah kerana semata-mata untuk menjaga ibunya yang sudah tua di kampung. Abdullah bekerja di kilang kayu arang yang sama bersama ibunya. Semasa bekerja di kilang itu, seorang gadis telah jatuh hati kepada Abdullah kerana kerajinan Abdullah dan sikapnya yang tidak membuang masa seperti pemuda lain. Abdullah rupa-rupanya juga tidak bertepuk sebelah tangan. Setiap bulan gajinya diserahkan kepada ibunya dengan mengharapkan apabila wang simpanannya telah cukup bolehlah ibunya masuk meminang si gadis tersebut. Perhubungan kedua-duanya juga direstui kedua-dua belah pihak.

Berbalik kisah adiknya Farid yang telah bekerja di bandar, beliau telah berkenalan dengan seorang gadis yang bekerja sebagai pelayan kelab malam yang kebetulan bekas kawan abangnya Abdullah. Gadis ini pernah menaruh hati terhadap abangnya Abdullah tetapi cintanya telah ditolak oleh Abdullah. Apabila gadis itu tahu Farid adalah adik kepada abangnya Abdullah, gadis itu mula merancang bagaimana untuk mendekatkan dirinya kepada Abdullah semula. Dia memberitahu Farid yang dirinya sedang dicari oleh Along kerana telah meminjam
Read More
http://posts.fanbox.com/6mlg4

Selasa, 31 Januari 2012

DOAKAN SAYA IBU!

<p><span style="font-size: small;">Pada bulan mac tahun 2011, di sekolah kebangsaan telah mengadakan ujian bulanan. Seperti biasa di sebelah pagi, banyak persiapan awal terpaksa aku lakukan sebelum menghantar anak-anakku ke sekolah. Setiap pagi aku sudah bising menyuruh anak-anakku memeriksa keperluan yang sepatutnya perlu dibawa.</span></p> <p><span style="font-size: small;">Pagi itu, aku berkata kepada anak-anakku untuk menjadi anak yang cemerlang bermula dari rumah dahulu. Mereka hendaklah memimpin diri sendiri iaitu dari bangun pagi, mandi, pakai baju sekolah, sikat rambut, minum pagi, pastikan beg sekolah dan beg tuala (untuk mandi di transit) tidak perlu lagi ibu perlu mengingatinya kerana ia adalah perlu dilakukan setiap hari. Jika semua itu boleh dilakukan tanpa lagi dileteri ibu, bermakna mereka sudah menjadi anak yang cemerlang, barulah boleh memimpin di sekolah pula dan guru sekolah berani hendak memberi jawatan seperti pengawas, pustakawan ataupun ketua darjah. Masing-masing diam dan memandang kepadaku, aku sendiri tidak tahu sama ada mereka memikirkan apa yang aku katakan atau sebaliknya. </span></p><p><a href="http://blogs.fanbox.com/MYSONS">Read More</a></p>

Jumaat, 9 September 2011

AMBOI PAK ITAM SAYANG!

Aku amat meminati rancangan Adila yang bermaksud Aku, Dia dan Lagu di stesyen Radio Klasik Nasional FM setiap jam 5.00 petang - 7 malam hari Isnin hingga Khamis.  Cerita dari peminat tentang liku-liku kehidupan mereka dibaca oleh artis dan juga petugas di stesen itu.  Aku juga berhasrat untuk menghantar salah satu coretan hidupku. Setelah sekian lama akhirnya dapat juga aku menyiapkan coretan tersebut dan telah disiarkan pada tarikh 6 September 2011. Coretannya adalah seperti berikut:-
 AMBOI PAK ITAM SAYANG
Ketika aku pulang dari pejabat bersama anak keduaku Muhammad Irfan yang sekarang telah berusia 8 tahun (kebetulan hari itu cuti sekolah penggal akhir)  Irfan asyik merengek kepadaku untuk membawanya ke pejabatku.  abangnya Muhammad Idzham pula di rumah maduku kerana suamiku mengambil cuti untuk membuat kolam ikan di rumahnya).  Sedang aku asyik berbual dengan Irfan,  berkumandang lagu Amboi Pak Itam Sayang di stesen Radio Klasik. Sambil memandu aku menyanyi lagu tersebut kerana aku memang amat meminati lagu-lagu klasik lebih-lebih lagu lagu Saloma. Fikiranku melayang ke zaman 60-an, membayangkan  budak-budak muda di zaman itu yang memakai baju petak-petak dan lengannya pula dilipat hingga ke paras lengan. Rambut mereka pula berminyak dan berketak-ketak dan disisir rapi ke belakang. Aku bayangkan budak-budak muda di zaman itu dalam filem P. Ramlee seperti  pelakon S . Samsudin, Aziz Satar, S. Romai Noor, Nordin Ahmad dll. Setiap kali aku pulang dari pejabat, aku sering membuka siaran klasik nasional untuk mengikuti rancangan Adila yang bermaksud Aku, dia dan Lagu.   Pernah disuatu ketika aku menangis seorang diri ketika memandu pulang ke rumah tatkala mendengar suatu kisah di rancangan tersebut. Cerita tersebut begitu menyentuh perasaanku. Ada juga tergerak di hatiku untuk menghantar coretan kenanganku  ke rancangan tersebut, tetapi sampai sahaja di pejabat aku lupa kerana sibuk dalam menjalankan tugas-tugasku di pejabat.
Read More

Ahad, 28 Ogos 2011

Hari Raya Aidil Fitri

Sempena Hari Raya Aidil Fitri yang akan menjelma ini, sayu hariku bila terkenangkan ayahku yang telah meninggal dunia hampir 20 tahun yang lalu. Setiap pagi hari raya aku akan terkenangkan ayahku yang amat suka rendang daging. Sehari sebelum hari raya ayahku yang selalu sibuk membeli daging dan menyuruh kami membuat rendang daging dan kami juga akan merebus ketupat untuk dimakan di pagi hari raya sebelum bersembahyang hari raya di masjid....Al-fatihah buatmu Ayah dan aku doakan ayah digolongkan dalam orang-orang yang beriman. Amin.....
Read More

Rabu, 6 Julai 2011

PENDEKAR BUJANG LAPOK EDISI BARU

 

I am very proud because even the foreigners can appreciate Tan Sri P. Ramlee my favourite actor.  I hope you'll  happy and  enjoy the above funny movie they acting in the film Pendekar Bujang Lapok.

Read More